بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ
وَالصَّلاَة وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
اللهُمَّ يا الله
Sesungguhnya solat kami , ibadah kami , hidup kami ,
dan mati kami semata-mata hanya untuk-Mu ya Allah
يا الله يا رحمن يا رحيم
Ya Allah Ya tuhan kami,
tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padamu sahaja kami panjangkan
kesyukuran atas segala rahmat, berkat, keizinan dan iradah-Mu, majlis kami
berlangsung ke penghujungnya. Engkau jadikanlah majlis kami ini penyebab
penyatuan hati-hati kami ke jalan yang engkau redhai. Engkau sahaja (ya allah)
yang kami sembah dan kepada engkaulah sahaja kami memohon pertolongan
يا الله يا فارِجَ الهَمِّ ويا كاشِفَ الغَمّ ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami
ini) sekolah-sekolah kami akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang ,
sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan
pelajar-pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.
يا ذا الجَلالِ والإكرَام,
Kurniakanlah
apa kiranya kepada kami kesihatan , kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan
semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan
mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.
اَللَّهُمَّ
اجْعَلْ جَمْعَنَا هذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا
Ya Allah ,
jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan
dirahmati .
وَتَفَرَّقَـنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرَّقاً
مَعْصُوْمًا ،
Dan
jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara
daripada mara bahaya dan keburukan.
ربنا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى
ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِله رَبِّ العَالَمِيْنَ