7 March 2013

DOA PENUTUP SUKAN


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
اللهُمَّ يا الله
Sesungguhnya solat kami , ibadah kami , hidup kami , dan mati kami semata-mata hanya untuk-Mu ya Allah
يا الله يا رحمن يا رحيم
Ya Allah Ya tuhan kami, tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padamu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat, berkat, keizinan dan iradah-Mu, majlis kami berlangsung ke penghujungnya. Engkau jadikanlah majlis kami ini penyebab penyatuan hati-hati kami ke jalan yang engkau redhai. Engkau sahaja (ya allah) yang kami sembah dan kepada engkaulah sahaja kami memohon pertolongan
يا الله يا فارِجَ الهَمِّ ويا كاشِفَ الغَمّ ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) sekolah-sekolah kami akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.
يا ذا الجَلالِ والإكرَام,
Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan , kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا
Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati .

وَتَفَرَّقَـنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرَّقاً مَعْصُوْمًا ،
Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

ربنا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً  وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِله رَبِّ العَالَمِيْنَ

12 December 2012

Hidangan percubaan

hidangan untuk tengah hari ni. jom pekena sama-sama. kalau sedap jangan lupa datang lagi..
kira lunch la ni. perut dah mendidih ni lapau..

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum W.R.T.
Selamat datang dan terima kasih kerana sudi singgah di GERAI ini. Untuk permulaan tiada hidangan yang akan disediakan. Hanya ucapan SELAMAT DATANG & TERIMA KASIH..